Results 1 to 2 of 2
  1. #1
    [II] U can? I can™ Array iCan's Avatar
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    Up up in the sky
    Posts
    578
    Thanks
    17
    Thanked 82 Times in 39 Posts
    Blog Entries
    1

    Lightbulb Market Review Minggu ini (nyontek)

    nyontek dari betonmarket nih lumayan lah buat gambaran :mrgreen:

    Index Minggu ini:

    *
    Kalender ekonomi untuk minggu 21 - 25 Julai 2008.
    * Komentar: Minggu ke depan.

    Kalender ekonomi untuk minggu 21 - 25 Julai 2008.

    MOHON DIKETAHUI - Semua waktu adalah dalam GMT bukan BST. BST adalah +1 Jam.

    Senin 21 Julai:

    US - 14:00 - Leading Index M/M.

    Selasa 22 Julai:

    UK - 08:45 - BOE Governor King Speaks.
    US - 12:30 - FOMC Member Plosser Speaks
    US - 14:00 - House Price Index M/M.
    US - 14:00 - Richmond Manufacturing Index.

    Rabu 23 Julai:

    FR - 06:45 - Consumer Spending M/M.
    UK - 08:30 - MPC Meeting Minutes.
    UK - 08:30 - BBA Mortgage Approvals.
    EU - 09:00 - Industrial New Orders M/M.
    UK - 10:00 - CBI Industrial Trends Orders.
    US - 14:35 - Crude Oil Inventories.
    US - 18:00 - Beige Book.

    Khamis 24 Julai:

    GE - 07:30 - Manufacturing PMI.
    GE - 07:30 - Services PMI.
    GE - 08:00 - IFO Business Climate Index.
    GE - 08:00 - IFO Business Expectations Index.
    EU - 08:00 - Manufacturing PMI.
    EU - 08:00 - Current Account.
    EU - 08:00 - Services PMI.
    UK - 08:30 - Retail Sales M/M.
    US - 12:30 - Unemployment Claims.
    US - 14:00 - Existing Home Sales.
    US - 14:30 - Natural Gas Storage.
    US - 17:00 - MPC Member Bean Speaks.

    Jumat 25 Julai:

    EU - 08:00 - M3 Money Supply Y/Y.
    UK - 08:30 - Prelim GDP Q/Q.
    UK - 08:30 - Index of Services Q/Q.
    US - 12:30 - Core Durable Goods Orders M/M.
    US - 12:30 - Durable Goods Orders M/M.
    US - 13:55 - Revised UoM Consumer Sentiment.
    US - 14:00 - New Home Sales

    EU - Eropa
    FR - Prancis
    UK - Inggris
    US - Amerika Serikat
    GE - Jerman

    Minggu Hadapan.

    Pasaran menahan satu lagi minggu yang sangat bergelora, dengan nasib pasaran Amerika Serikat yang berakhir sedikit lebih baik dari Eropah. Ada kesan psikologikal yang jelas diperjudikan pada pasaran minggu lepas, bila pasaran jatuh lebih rendah dari awal tahun, sebelum pulih pada akhir minggu yang kedua. Dow menyentuh 11,000 buat julung kalinya semenjak Julai 2006 dan S&P 500 memncecah 1,200 untuk kali pertamanya semenjak Oktober 2005. CAC hampir-hampir mencecah 4,000 untuk kali pertamanya semenjak Mei 2005, Dax menyentuh 6000 juga buat kali pertamanya semenjak Oktober 2006, dan FTSE merundum jatuh pada poin yang terendah dalam jangkamasa 3 tahun.

    Pasaran dibuka dengan janjian berita yang indah. Berita kerajaan ingin memberi bantuan kepada bank Freddie Mac dan Fannie Mae, tersebar luas pada hari Ahad, menjadi pelampung dan harapan sektor finansial Eropah dan Amerika Serikat. Alliance & Leicester juga menambah kemeriahan bila Santander mengkonfirmasikan proposalnya untuk pengambilalihan, ini menaikan saham dalam kira-kira 50% pada hari itu. Namun begitu, penjual kemudiannya menyekat aktiviti penjualan. Masalah bank regional IndyMac Bancorp pula kecundang dan gulung tikar minggu lepas dan ia diambilalih oleh "Federal Deposit Insurance Corporation". Kedua-dua klien dan spekulator saham beresak-esak mengeluarkan uang dari bank regional yang lain akibat panik bank lain juga akan menerima nasib yang sama.

    Saham, FTSE 100 masih lagi yang terburuk diantara indek global utama minggu lepas. Masalah utama Eropah ialah indek benchmark mereka merujuk kepada finansial dan stock tenaga sebagai indek yang mempunyai nilai terberat antara pasaran mereka yang lain. Pasaran minyak hanya mulai mendapat tekanan semenjak beberapa hari lepas dan pasaran finansial menahan minggu yang menyeksakan. Pasaran finansial seperti Barlcays dan RBS terinjak-injak pada pelabur yang menjauhkan diri dari sektor perbankan dan ekuiti secara general. Harga RBS pada satu tahap jatuh teruk pada masa berita Natwest akan diambilalih digembar-gemburkan. Pada sata tahap, RBS jatuh 50 pence dibawah nilai yang dibenarkan dan Barclays jatuh 40 pence dibawah tawaran sahamnya. Pelabur menghukum bank Eropah dengan memberi pendedahan luas kepada Amerika Serikat.

    Ke arah minggu akhir, stock finansial pulih dengan gagah. Pelabur membeli saham bank, mereka percaya saham bank ditolak jatuh dengan cepat dan hebat. Dalam jangkamasa yang pendek ia sekurang-kurangnya nampak seperti pelabur agak percaya bahawa bank akan dibelasah dibawah nilai yang adil dan mereka berharap dapat menawar harga yang baik. Lebih baik dari yang dijangka, keuntungan dari JP Morgan, Coca Cola dan United Technologies membantu menghidupkan rally hari Rabu/Khamis lebih jauh. Hari Jumat memberi keputusan yang lebih baik dari jangkaan dimana Citi Group membantu menyeimbangi keputusan yang mengecewakan dari Merrill Lynch, Google dan juga Microsoft. Search engine gergasi Google nampak pertumbuhan bisnes Pay Per Click lembab sedikit namun mereka menyatakan bahawa mereka sudah bersedia untuk menghadapai kemelesetan, lebih lebih lagi bila konsumer mencari tawaran hebat online.

    Setelah mengharungi volatiliti selama 7 hari, pelabur bersyukur kerana nasib minggu yang mendatang nampak lebih cerah dibandingkan minggu-mingu sebelumnya. Pengumuman yang paling ditunggu-tunggu ialah ucapan Mervyn King, gobenor BOE pada pagi Selasa diikuti ahli Plosser FOMC yang akan berucap pada sesi tengahari. Ucapan-ucapan ini menjadi debat utama pada perlepasan minit mesyuarat perjumpaan FOMC yang akan dilepakans pada pagi Rabu. Polisi kadar bunga Eropah tersangkut, diantara keiginannya melawan inflasi dan juga harapannya untuk membantu sektor ekonomi yang dilanda kesulitan sekarang ini. Minit mesyuarat itu akan dianalisa secara terperinci. Khamis membawa berita perdagangan Eropah dan isu penjualan rumah Amerika Serikat yang sedia ada. Hari Jumat mungkin merupakan hari yang tersibuk minggu ini bermula dari angka GDP Eropah diikuti penjualan barangan awet Amerika Serikat dan penjualan rumah baru pada waktu petang.

    Meskipun banyak pasaran indeks stabil dari segi teknikal, keadaan mereka masih lagi genting jika dibanding dengan ekonomi secara global. Indeks pasaran rumah di Amerika Serikat tersungkur rendah untuk bulan Julai bila pasaran perumahan Amerika Serikat kian kehancuran tanpa tanda tanda untuk pulih kembali. Angka CPI Amerika Serikat naik sebanyak 9.2% dari setahun ke setahun. Harga konsumer melonjak tinggi semenjak 1982, dimana pada waktu itu, kadar bunga adalah pada 15.5% sahaja. Bacaan inflasi sebegini, berlawan balas dengan pertelingkahan untuk pemotongan kadar bunga yang lebih dari kerajaan Amerika Serikat. Senario ini seakan-akan mendekati realiti, lebih lebih lagi bila kadar inflasi melonjak tinggi dan pertumbuhan perdagangan dan penjualan Amerika Serikat terbantut pada 0.1% sahaja.

    Pihak Eropah pastinya tidak lali dari isu ini lebih lebih lagi pekerja sektor awam mereka sedang mogok berikutan kadar penggajian yang tidak memuaskan. Jim Rogers dari Rogers Holdings amat terkenal dengan prediksi beliau bahawa harga emas akan mencecah $1,000 dan minyak pula mencecah $100. Dia bagaikan tidak terjerat dalam kancah masalah ekonomi Eropah. Baru-baru ini beliau mengatakan bahawa kadar inflasi Ekonomi Eropah adalah yang tertinggi semenjak 1986. Dia juga mengatakan bahawa Kerajaan Eropah mempunyai kecenderungan untuk menyembunyikan masalah jadi jika mereka mengaku mengalami kemelesetan ekonomi maka berita itu pastinya benar

    Penyembuhan minggu lepas sedikit sebanyak membantu prediksi bahawa 'sell off' akan diteruskan. Sebuah kontrak No Touch pada FTSE 100 yang tidak akan menyentuh 6200 dalam jangkamasa 6 bulan dapat mengembalikan pulangan sebanyak 21%.

  2. #2
    Silver Member Array
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ROXY-Jakarta-Pusat
    Posts
    160
    Thanks
    0
    Thanked 11 Times in 10 Posts

    Re: Market Review Minggu ini (nyontek)

    What Happens After The Gigantic Bail-Out?



    In the first weekend of October, US Congress' budget book has included the new cost of sky-figures after it bailed out the collapse of Freddie Mac and Fannie Mae. Many critics complained of such unwise acts and suggested the 'negotiator' of this deal-making - Henry Paulson should step down as well as the FED chief, Ben Bernanke!

    Dow Jones stocks fell in early trading on the moment when the non-partisan Congress Budget office announced it would no longer regard the 2 largest defunct mortgage-lending houses as outside the public sector. The latest statistic reported these 2 troubled mortgage companies have somewhat liabilities of U$5,400 Billion, which is equal to the entire public traded-debt of US!

    Ironically, the US government seem to be helpless but appeared appalled by this huge bail-out actions. The chain-reactions gave a boost to the market prices of 5-year government debt instruments.

    While the shareholders of Freddie Mac and Fannie Mae suffered its greatest pessimistic losses over these debacles, someone else raked in sizable profits from the fast rise of bonds markets!

    Pimco, probably the largest fund-manager in US bonds markets, has been betting on the bail-out and staked 60% of its U$ 132 Billion investment funds in mortgage-back bonds prices on the saga.

    Guess the results? Pimco cashed in U$1.7 Billion in a single day right after the rescue plan news was released!

    While the bond prices are flying high now, yields are falling across the board. As we foresee this will make progressive lower interest subsequently, the outcome will eventually leave US dollar to be hammered! In our opinion, this will be disastrous especially if oil prices start rising again after mid 2009.

    Here is a piece of advice: It is better to re-consider your investments if they are dollar-based and start fleeing to the European-based and Asia-based of economic growth.

    Of course, we could be wrong and you will still get to earn every cent from the alternative portfolio.......but it will kill every dollar from your pocket if market proves us right when it goes nearer to the end of the decade!

Similar Threads

  1. Winning Market Systems: 83 Ways to Beat the Market (REQ)
    By eshelle in forum Forex eBook Request
    Replies: 1
    Last Post: 12-23-2011, 10:45 PM
  2. US MARKET REVIEW
    By ambrose_lexy07 in forum Market Review
    Replies: 1
    Last Post: 08-14-2009, 11:09 PM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •